Sistem Maklumbalas        Sistem Maklumbalas       

 
     
   
  Sistem Maklumbalas
     
Info    
     
 
Frequently Ask Question (FAQ)
 

1. Bagaimanakah saya ingin menyemak status penerimaan Borang BJT saya?
Status penerimaan Borang Jawapan Tawaran boleh disemak melalui laman sesawang www.politeknik.edu.my dibahagian Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan.

2. Adakah saya ditawarkan menduduki asrama?
Penawaran hanya dibuat kepada pelajar semester 1 Diploma (Lepasan SPM) sahaja dan bergantung kepada kapasiti dan kekosongan yang ada. Pelajar baharu boleh semak status penawaran asrama di http://webapps3.puo.edu.my/edaftar/login.php.

3. Bagaimanakah cara untuk saya membuat pertukaran Politeknik ?
Permohonan pertukaran politeknik perlu dibuat melalui pengisian Borang Pertukaran Politeknik yang boleh didapati di Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Anda perlu menulis surat rasmi untuk menyatakan alasan mengapa anda hendak bertukar politeknik. Walau bagaimanapun, kelulusan adalah tertakluk kepada Jabatan Pengajian Politeknik.

4. Bagaimankah cara untuk membuat rayuan kemasukan ke Politeknik ?
Permohonan rayuan kemasukan perlu dibuat secara dalam talian (www.politeknik.edu.my) dan jika keputusan yang diterima masih belum berjaya, tuan boleh membuat rayuan di laman web yang sama. Tetapi ianya tertakluk kepada program yang masih ada kekosongan.

5. Bagaimanakah dan apakah syarat untuk mendapatkan sticker kenderaan untuk pelajar ?
a) Bagi Pelajar yang ingin membawa kenderaan (motosikal)pelajar perlu membuat permohonan dalam talian di e-portal dan bawa bersama dokumen sokongan yang diperlukan ( rujuk e-portal) dan datang ke JHEP untuk tujuan pembelian pelekat kenderaan. Kaunter pembelian stiker dibuka setiap hari bermula jam 3.00petang- 5.00 petang sepanjang tahun.

b) Permohonan pelekat kenderaan (kereta) hanya dibuka kepada pelajar tahun akhir sahaja. Pelajar tahun akhir boleh membuat permohonan dalam talian di e-portal dan bawa bersama dokumen sokongan yang diperlukan ( rujuk e-portal) dan datang ke JHEP untuk menghantar dokumen yang telah lengkap. PHEP akan memaklumkan keputusan permohonan 2 minggu selepas tarikh tutup permohonan pelekat kenderaan( kereta) dikeluarkan

6. Bagaimanakah caranya jika saya ingin memohon transkrip atau sijil Diploma yang lama ?
Pemohon yang ingin memohon transkrip bagi kali pertama (sebelum konvokesyen) atau salinan ke2 (hilang/rosak) perlu memohon secara rasmi dengan mengisi borang permohonan transkrip beserta wang pos bernilai RM10 bagi satu transkrip. Salinan keputusan bagi setiap semester hingga tamat pengajian perlu dilampirkan. Borang tersebut boleh diperolehi Unit Peperiksaan di kampus B ,PUO dan dihantar kepada pegawai yang bertugas di bilik tersebut.

7. Apakah yang perlu saya lakukan jika menghadapi masalah kata laluan Sistem iPuo ?
Pelajar dinasihatkan untuk emelkan permohonan reset katalaluan ke ipuo@puo.edu.my atau ipuo@outlook.com. Pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan semula alamat emel yang dimasukkan pada eportal bagi membolehkan katalaluan yang telah direset diterima.

8. Adakah PUO menyediakan kemudahan wifi di dalam kawasan PUO ?
PUO ada menyediakan perkhidmatan wifi percuma dibeberapa kawasan di kampus PUO. Talian wifi tersebut adalah menggunakan Unifi. Pada masa ini PUO dalam perancangan bersama Telekom untuk memperluaskan sebagai usaha memberikan perkhidmatan internet kepada semua pelajar tidak terhad kepada penggunaan internet di dalam makmal komputer.

 

 

 

 
  Sistem Maklumbalas
Hak Cipta Terpelihara © 2010 - 2024 Unit Teknologi Maklumat, Politeknik Ungku Omar, Politeknik Premier
[Paparan terbaik resolusi 1024 x 768 menggunakan Internet Explorer 7.0 ++]